Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Penyanyi Legenda AR Rahman Bakal ‘Pukau’ Semua Peminat Malaysia

Jangan lepaskan peluang tau!
Izwan
02 May 2024, 03:37 PM

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjadi lokasi bersejarah buat peminat penyanyi dan komposer dari India, AR Rahman pada 27 Julai ini.

Dianjurkan oleh Star Planet, konsert AR Rahman Live In Kuala Lumpur bakal memukau semua peminat Malaysia pada 27 Julai ini jam 8 malam.

penyanyi legenda ar rahman bakal ‘pukau’ semua peminat malaysia

Pengarah Urusan Star Planet, Datuk Alan Foo meluahkan rasa teruja apabila dapat membawa kembali ikon muzik dan pemenang anugerah muzik AR Rahman ke Malaysia bagi meraikan kepelbagaian muzik.

“AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 ini merupakan acara terpenting bagi kami Star Planet untuk membawa ikon muzik terkenal ke negara kita.

“Malah, ini juga bagi meraikan muzik tanpa sempadan sepadan dengan negara kita yang berbilang kaum dan pastinya pelbagai genre muzik yang diminati rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut Pengarah Star Planet, Datuk R. Rajendran, pihaknya mendengar pelbagai maklum balas daripada peminat Malaysia dan sekali lagi kami bawakan AR Rahman serta banyak lagu-lagu Bahasa Tamil selain Hindi akan dipersembahkan mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

“Kami mendengar maklum balas semua daripada konsert tahun lalu, banyak kejutan yang kami akan bawakan. 

“Malah, lagu-lagu bahasa Tamil juga akan banyak dinyanyikan AR Rahman selain lagu-lagu hit miliknya daripada 90-an, 2000 dan lagu terkini,” jelasnya ketika SINAR menemui di Sidang Media AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024.

Tiket untuk AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 boleh dibeli mulai 8 Mei 2024 jam 2 petang melalui laman web rasmi sahaja di my.bookmyshow.com dan ticket2U.com.my. Tiket juga bermula daripada harga RM98 sahaja.

Ayuh Malaysia! Jadi sebahagian peminat Malaysia untuk mengalami sendiri pengalaman legenda muzik yang mengagumkan daripada AR Rahman pada 27 Julai 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.